Pages

Thursday, 3 March 2011

MELATIH MENJADI PEMIMPIN.

Dalam memulakan dunia busines, kita bukan sahaja perlu bijak mengendalikan wang masuk atau wang modal sahaja, tetapi ianya juga melatih sikap-sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Perkara utama ialah menjaga akhlak. Ingatlah buah ibadah adalah akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w diutuskan ke dunia dengan akhlak yang sungguh mulia untuk dicontohi oleh umatnya.

Wahai diri, perbaikilah akhlakmu dari hari ke hari. Moga kejayaan akan mengiringimu. Akhlak yang mulia, ibarat sekuntum bunga.